Thursday 18 May 2017

Nilai Kehidupan

Assalamualaikum para bloger

Petang Jumaat yang indah seiring dengan bulan yang mulia Syaaban dan yang bakal tiba Ramadhan, aku ingin berkongsi makna kehidupan. Nilai kehidupan bagi aku adalah kejujuran dalam keluarga dan amanah dalam menjaga aib keluarga kita. Menerusi pengalaman dalam kehidupan aku sendiri aku lihat kebanyakkan keluarga yang diberi kemewahan sering menindas keluarga yang serba kekurangan bukan kerana mereka malas namun itu dugaan buat mereka. Disini bagi aku dugaan buat keluarga yang dilimpahi kesenangan lebih merisaukan aku. Keangkuhan mereka dalam kehidupan sehingga memecah amanah dalam menjaga aib dan berlaku pengkhianatan dalam hubungan kekeluargaan. Sedih aku lihat sikap mereka namun lebih sedih kepada yang menjadi mangsa.

Aku berdoa di hari jumaat yang mulia ini supaya mereka yang diatas diberi kesedaran dan hidayah untuk memandang kasihan pada yang dibawah. Dan yang dibawah diberi kesenangan dan kemewahan kepada mereka supaya tidak lagi dipandang hina kerana mereka bukan mahu disanjung hanya mahu kan kehidupan yang dihormati dan disenangi orang sekeliling.

Amin

No comments:

harga oppo find x malaysia