Sunday 6 November 2016

Kehidupan Baru

Assalamualaikum ,

Lamanya Mimie tak berpeluang untuk berkongsi ceritera hidup. Baiklah, hari ini Mimie nak kongsi dengan kawan-kawan apa berlaku sepanjang Mimie tak berpeluang untuk menulis sesuatu yang baru dalam blog . Sepanjang Mimie tak menulis sebenarnya Mimie sibuk dengan pekerjaan baru as a sales girl dekat Thundermatch is a big company.

Okay why Tundermatch Mimie?
Why sales Girls , hang ada diploma?
Why tak kerja kerajaan?


Antara Persoalaan yang sering aku terima daripada kaum keluarga , kawan-kawan dan kenalan.

Luahan rasa aku nak berkongsi dengan kamu semua.


First, kenapa Thundermatch? Okay, company itu yang bagi aku peluang untuk aku cari rezeki untuk aku dan tolong keluarga aku. Sekurangnya, aku boleh sara hidup aku tanpa susahkan orang terdekat dengan aku. Aku mengaku tak mencukupi untuk aku bermewah atau menambah asset seperti kereta dan rumah namun kerja nih memberi aku semangat untuk bangun setiap hari untuk aku menjalankan tangungjawab aku sebagai staff.


Yang kedua, why sales girl? jawapannya, itu sahaja jawatan yang masih kosong. Aku tak mahu memilih kerja dan lebih memilih untuk menganggur seperti orang lain sebab aku memerlukan duit untuk sara diri aku. Aku bukan berasal daripada keluarga yang senang jadi aku sedar yang aku perlu mencari rezeki untuk aku dan keluarga aku. Walaupaun gaji hanya RM 1000 namun amat bermakna buat diri aku. Ya, memang aku pemegang segelung diploma tapi aku belum diberi peluang untuk menggunakan diploma aku hanya SPM yang bermakna buat aku pada masa ini.


Yang ketiga kerja kerajaan? Aku setiap bulan update dan pantau tapi nasib tak menyebelahi aku.


Kawan-kawan doakan satu hari aku bergaji besar sepadan dengan apa yang aku belajar.

harga oppo find x malaysia