Saturday 4 August 2018

Syarat-Syarat Permohonan kebenaran berkahwin online [SSPIM]

PROSEDUR DAFTAR NIKAH DI PEJABAT AGAMA, PANDUAN BAGI PASANGAN BAKAL BERKAHWIN


Syarat-Syarat Permohonan: 

1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :
 1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak; 
1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM; 
1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

 2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

 3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah
 (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam  BNO adalah lulus. 

4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan. 

5) Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online. 

6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini. 

7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

 8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan. 

9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. 


1. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online  melalui www.sppim.gov.my setakat 2017 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Bagi negeri yang tidak disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
  • Bila dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
  • Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
  • Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.

2. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI DAERAH MANA

Daerah Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.

3. HANTAR BORANG

Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.

Bagi perempuan:



  • Kalau di negeri Kedah, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain saya tak pasti pula macam mana.
  • Lepas dah settle, kena bayar RM15 (seorang) untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 ya.
  • Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.

4. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK PEREMPUAN

Selepas seminggu, boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.
5. Bagi Pihak Perempuan Yang Berbeza Daerah
Berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
  • Lepas seminggu, Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
  • Seterusnya, bawa pulak borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

6. AKAD NIKAH

Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah Sementara.
Pasangan wajib semak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah. Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.

7. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH

Untuk memohon Sijil Nikah,
  • Bawa surat nikah sementara (asal + salinan)
  • IC sendiri, IC pasangan & IC wali
  • Bayar RM20 untuk sijil nikah.
  • Tempoh siap biasanya sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama, adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad Kahwin belum dapat lagi.

8. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN

Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40 untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.

ALHAMDULILLAH, SELESAI…

harga oppo find x malaysia